More

    Perodua QV-E berisiko tidak boleh dihidupkan jika bayaran bateri tertunggak

    Perodua QV-E akhir-akhir ini menjadi antara berita automotif terhangat kerana ia bukan sahaja EV buatan tempatan, tetapi juga model pertama menggunakan pelan Battery-as-a-Service atau BaaS. Walaupun harga QV-E sekitar RM80,000, harga itu tidak termasuk bateri. Semua pembeli wajib melanggan pelan sewaan bateri selama sembilan tahun dengan bayaran RM275 sebulan, tidak termasuk SST.

    Dalam pelan ini, bateri kekal milik Perodua dan mereka bertanggungjawab ke atas penyelenggaraan, pelupusan serta penggantian sekiranya tahap kesihatan bateri jatuh di bawah 70%. Banyak pembiayaan bank turut menggabungkan bayaran sewa bateri dengan pinjaman kereta dan selepas pinjaman selesai, baki bayaran dibuat terus kepada Perodua melalui aplikasi.

    Namun, wujud kebimbangan besar mengenai syarat pembayaran. Jika pemilik gagal membuat bayaran sewa bateri selama dua bulan berturut-turut, Perodua boleh menyahaktifkan bateri dari jauh menyebabkan kereta tidak boleh dihidupkan. Jika tiga bulan tidak bayar, kontrak boleh ditamatkan dan Perodua berhak mengambil semula pek bateri.

    Selain itu, penggunaan untuk e-hailing atau apa-apa tujuan komersial adalah dilarang dan pelanggaran boleh membatalkan perjanjian walaupun bayaran dibuat tepat waktu. Perodua menjelaskan bahawa model BaaS menurunkan kos permulaan EV, memberi jaminan bateri jangka panjang serta membolehkan bateri dikitar semula dengan lebih teratur.

    Pelan sewaan juga boleh dipindahkan apabila kereta dijual semula bagi membantu mengekalkan nilai pasaran QV-E. Namun bagi pengguna, komitmen RM275 sebulan selama sembilan tahun bermakna kos keseluruhan bateri hampir menyamai harga kereta.

    Bagi sesetengah pembeli ia satu kelegaan kerana tidak perlu risau tentang kos bateri, tetapi bagi yang tidak suka komitmen bulanan atau takut risiko kereta tidak boleh digunakan akibat kelewatan, ia mungkin menjadi halangan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Googlebook diperkenal, laptop pertama direka khas untuk Gemini Intelligence

    Qualcomm Technologies mengumumkan kerjasama dengan Google untuk membawa platform Snapdragon X Elite ke laptop Googlebook iaitu kategori komputer riba baharu yang direka...

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia di Malaysia pada harga RM1,599 dan...

    Nothing melancarkan dua peranti baharu bagi pasaran Malaysia iaitu telefon pintar Nothing Phone (4b) dan fon telinga nirwayar Nothing Ear (3a). Nothing...

    Siri vivo X500 dilancar dengan Dimensity 9600 Pro, kamera Sony LYTIA L910 17 EV...

    vivo secara rasmi melancarkan siri X500 yang terdiri daripada vivo X500, X500 Pro dan X500 Pro Max di Shanghai, China. Siri mercu...

    Tukar MyKad baharu? MyDigital ID tak perlu daftar semula

    MyDigital ID mengumumkan bahawa pengenalan MyKad generasi baharu tidak akan menjejas fungsi atau penggunaan platform identiti digital berkenaan. Pengguna yang memiliki kad...

    Asyik lagu kanak-kanak dalam “Wrapped”? Spotify kini ada solusinya

    Spotify secara rasmi memperkenalkan fungsi suis tetapan (toggle) baharu yang membolehkan pengguna mengeluarkan kategori lagu kanak-kanak daripada menjejaskan cadangan muzik peribadi mereka....

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured