More

    PLUS sediakan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan untuk CNY 2020

    Sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina 2020, PLUS mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (Travel Time Advisory) bagi membantu orang ramai merancang perjalanan mereka dan mengagihkan trafik secara berperingkat. Berdasarkan TTA kali ini, dijangka lebih 2 juta kenderaan akan menggunakan Lebuhraya Utara – Selatan.

    PLUS mengingatkan orang ramai yang ingin menuju destinsi bermula dari utara atau selatan digalakkan untuk memulakan perjalanan sebelum 9 pagi. Ini termasuk Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Johor, serta bahagian utara Perak. Bagi orang ramai yang menuju destinasi yang lebih dekat, seperti Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Perak Selatan dan Perak Tengah pula dinasihatkan bergerak dan memasuki lebuh raya selepas jam 2:00 petang.

    Berdasarkan analisis PLUS sendiri, masa perjalanan akan meningkat hingga 80% di luar waktu yang disarankan. Ini disebabkan oleh penumpuan lalu lintas di “kawasan kritikal” di sepanjang lebuh raya, yang membawa kepada kesesakan.

    Jika anda merancang untuk pulang ke kampung halaman pada hujung minggu ini untuk perayaan CNY, adalah lebih baik untuk merancang perjalanan dengan berpandukan TTA seperti yang disarankan. Anda juga harus memastikan kad Touch ‘n Go mempunyai baki yang cukup.

    Sudahkah anda merancang perjalanan untuk pulang ke kampung halaman? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : PLUS

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured