More

    POCO dedahkan tarikh pelancaran pada 22 Mac ini, POCO F3 dan X3 Pro bakal hadir

    POCO sudah mula mengecah mengenai peranti terbarunya sejak beberapa minggu yang lepas. Tidak terhenti di situ, sudah banyak khabar berita yang berkisar tentang spesifikasi POCO F3 dan POCO X3 Pro. Terkini, POCO Global termasuk POCO Malaysia dilihat mengacah tarikh pelancaran untuk peranti barunya pada 22 Mac 2021, jam 8 malam, secara langsung di saluran YouTube atau Facebook rasmi.

    Melalui acara pelancaran ini, peminat boleh menjangkakan kehadiran peranti baharu seperti POCO X3 Pro atau Redmi K40 yang dijenamakan semula sebagai POCO F3. Menurut jangkaan spesifikasi yang lepas, POCO X3 Pro dijangka hadir dengan cipset Snapdragon 860 (cipset masih belum diumumkan, tetapi hanya menyokong 4G), paparan 120Hz dan bateri 5,000mAh bersama harga jangkaan di pasaran India bermula pada INR 21,000 (~RM1,190).

    Sementara itu, POCO X3 Pro dijangka hadir di pasaran India terlebih dahulu, tetapi bukan POCO F3. Redmi K40 bakal dijenamakan semula sebagai POCO F3 di beberapa pasaran negara lain, tetapi mungkin dijenamakan semula sebagai Mi 11X di India.

    Walau bagaimanapun, POCO India sudah mula mengacah kehadiran POCO X3 Pro. Anda boleh menyemak jangkaan spesifikai POCO X3 Pro dan POCO F3 di pautan biru yang disediakan.

    Adakah anda teruja dengan kemunculan peranti yang sering menjadi raja peranti berpatutan? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: POCO

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured