More

    POCO F3 lepasi pensijilan FCC, bakal masuki pasaran global tidak lama lagi

    Pada minggu lalu, Xiaomi telah melancarkan telefon siri Redmi K40 di China. Redmi K40 di China dilihat hadir dengan nombor model M2012K11AC manakala versi globalnya hadir dengan nombor model M2012K11AG. Terbaru, telefon M2012K11AG telah dikesan di pensijilan FCC.

    Sebelum ianya melepasi pensijilan FCC, peranti ini telah dikesan di laman pensijilan lain seperti Telekom Indonesia, IMDA Singapura, EEC Eropah dan di TUV Rheinland. Beberapa pensijilan yang disenaraikan menunjukkan bahawa telefon M2012K11AG ini hadir dengan nama lain iaitu POCO F3. Jadi, ini bermakna Redmi K40 sah akan memasuki pasaran global dengan nama POCO F3.

    Berdasarkan penyenaraian POCO F3 di FCC, ia dilihat menyokong 5G, dua SIM, Wi-Fi 6, Bluetooth, NFC dan antara muka MIUI12. Peranti ini dijangka akan memasuki pasaran hujung bulan Mac atau bulan April kelak.

    Untuk spesifikasi, Redmi K40 (ataupun POCO F3) dilengkapi skrin 6.67 inci AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz. Ia akan dikuasai oleh cipset Snapdragon 870 dengan RAM LPDDR5 setinggi 12GB dan storan sehingga 256GB.

    Selain itu, Redmi K40 juga hadir dengan kamera swafoto 20MP dengan tiga kamera pada bahagian belakang – kamera utama 48MP, kamera ultralebar 8MP, kamera makro 5MP. Ia juga hadir dengan bateri 4,520mAh dengan pengecasan pantas 33W. Di China, Redmi K40 mula dijual pada tanda harga 1999 Yuan (~RM1,253).

    Adakah anda menantikan POCO F3 ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured