More

    PORSCHE DESIGN HONOR Magic7 RSR dilancar di Malaysia, berharga RM6,999

    Selain melancarkan telefon pintar andalan HONOR Magic7 Pro pada hari ini, HONOR Malaysia turut melancarkan edisi khas untuk peranti tersebut iaitu PORSCHE DESIGN HONOR Magic7 RSR yang dibina dengan kerjasama jenama kereta sport ternama Porsche.

    Dengan inspirasi daripada rekaan jalur aerodinamik Taycan Turbo S, telefon ini mempunyai modul kamera heksagonal ikonik dan kaca 3D yang menyerupai lampu hadapan kenderaan tersebut. Selain itu, terdapat garis Peak Line yang menyerupai jalur hud kereta Porsche.

    Telefon ini mempunyai tiga kamera di belakangnya iaitu Kamera Utama Super Dynamic Falcon H9800 50MP, Kamera Telefoto Periskop 200MP dan Kamera Lebar 50MP yang menawarkan prestasi fotografi tertinggi. Kamera telefotonya menawarkan kualiti gambar yang cantik walaupun selepas zum jauh sehingga 100x, manakala Sistem LiDAR Matrix Autofocus dengan 1200 Points LiDAR Matrix akan meningkatkan ketepatan fokus kamera.

    PORSCHE DESIGN HONOR Magic7 RSR ditawarkan dalam dua warna iaitu ungu Provence dan kelabu Agate Grey. Untuk pasaran Malaysia, ia akan dijual pada harga RM6,999 untuk varian 24GB+1TB. Setiap pembelian akan disertakan dengan hadiah percuma bernilai RM1,597, terdiri daripada waranti lanjutan 1 tahun, gantian satu-dengan-satu selama 180 hari, dan pengecas wayarles 100W.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Sarawak iktiraf TNG eWallet sebagai kaedah bayaran gaji alternatif

    TNG Digital Sdn Bhd mengumumkan bahawa TNG eWallet kini diiktiraf secara rasmi oleh Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTK Sarawak) sebagai kaedah pembayaran...

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured