More

    Qualcomm bakal lancarkan pengganti cipset Snapdragon 765G pada suku pertama 2021

    Beberapa hari yang lepas, Qualcomm telah mengumumkan cipset andalan terbaru mereka, Snapdragon 888 pada acara Qualcomm Tech Summit 2020. Cipset ini bakal digunakan oleh peranti andalan Android pada tahun hadapan.

    Di acara tersebut, selain daripada Snapdragon 888, sebuah lagi cipset untuk peranti kelas pertengahan juga dijangka untuk dilancarkan, namun tiada pengumuman dilakukan.

    Terbaru, sumber menyatakan bahawa cipset kelas pertengahan terbaru Qualcomm yang bakal menggantikan Snapdragon 765G ini dikhabarkan akan diperkenalkan pada suku pertama 2021.

    Cipset siri 7 dari Qualcomm ini dikatakan akan menjadi pesaing untuk cipset 5nm Exynos 1080 dan cipset MT6893 dari Mediatek. Cipset siri 7 baru Qualcomm bakal dibina atas platform 6nm dan ianya mungkin akan hadir dengan nama Snapdragon 775G (mungkin juga Snapdragon 785G atau 788G).

    Sebelum ini, markah penanda aras untuk cipset baru siri Snapdragon 700 ini telah muncul di dalam talian dengan markah setinggi 530,000 di AnTuTu. Ini bermakna ianya akan mempunyai prestasi yang lebih baik dari Snapdragon 765G tetapi sedikit kurang dari cipset andalan Snapdragon 865.

    Adakah anda menantikan cipset kelas pertengahan terbaru dari Qualcomm ini? Komen pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Acer Swift Air 14 rasmi di Malaysia dengan Intel Core 7 350, berat 1.19kg...

    Acer Malaysia secara rasmi membawa masuk komputer riba baharu Acer Swift Air 14 ke pasaran tempatan. Model nipis dan ringan ini ditawarkan...

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured