More

    Rakyat Johor boleh bayar fidyah secara ‘online’ – eFidyah

    Terkini, rakyat Johor yang ingin membayar fidyah boleh melakukan sedemikian secara dalam talian. Pembayaran boleh dibuat bermula pada hari pertama Ramadhan melalui aplikasi eFidyah.

    Untuk pengetahuan anda, aplikasi eFidyah boleh dimuat turun melalui Google Play Store dan App Store secara percuma. Urusan pembayaran secara dalam talian ini diputuskan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih berjalan.

    Jika anda ingin mengetahui kadar dan jumlah pembayaran secara jelas, anda boleh melayari http://www.maij.gov.my atau rujuk di aplikasi eFidyah. Sebagai tambahan, rakyat Malaysia yang lain seperti di negeri Selangor noleh membayar melalui EzakatPAY dan rakyat Pulau Pinang boleh membayarnya melalui perbankan internet.

    Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi dan aplikasi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Belanjawan 2027: Rakyat Digital tawar 100,000 langganan AI percuma tahun depan

    Inisiatif Rakyat Digital akan diteruskan pada 2027 dengan penyediaan 100,000 langganan perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) percuma. Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk...

    Belanjawan 2027: Kerajaan dan Grab sediakan RM160 juta untuk pekerja e-hailing dan p-hailing

    Kerajaan mengumumkan pakej bantuan khas bernilai RM160 juta yang dibiayai bersama Grab bagi meningkatkan pendapatan bersih dan kebajikan pekerja e-hailing dan p-hailing...

    Infinix SMART 20e rasmi di Malaysia dengan skrin 120Hz, kalis IP64 bermula RM499

    Infinix melancarkan peranti kelas permulaan baharu iaitu Infinix SMART 20e untuk pasaran Malaysia. Peranti memfokuskan kepada penggunaan harian dan hiburan pada julat...

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured