More

    Rangkaian U Mobile ULTRA5G diluaskan ke Bangi, Putrajaya dan Petaling Jaya New Town

    U Mobile hari ini mengumumkan bahawa rangkaian ULTRA5G telah diluaskan dan kini boleh diakses oleh para pengguna U Mobile di Bangi, Putrajaya dan Petaling Jaya New Town. Pengguna boleh tahu mereka sedang menggunakan rangkaian ULTRA5G apabila terdapat tulisan “UM ULTRA5G” pada skrin peranti mereka.

    Syarikat telekomunikasi itu berkata rangkaian ULTRA5G ini akan memanfaatkan pengguna dengan menyediakan kualiti video yang lebih jelas, penstriman dan gaming yang lancar serta lain-lain kegunaan dengan lebih bagus, walaupun dalam persekitaran yang sibuk.

    Kelajuan ULTRA5G di Petaling Jaya New Town
    Kelajuan ULTRA5G di Bangi

    U Mobile juga merancang untuk merancakkan perniagaan dalam kawasan-kawasan baharu ini bagi memanfaatkan teknologi ULTRA5G sepenuhnya. Rangkaian ini bukan sahaja ditawarkan di kawasan luar, malah dalam beberapa bangunan terpilih.

    Pada bulan Ogos lalu, U Mobile memperkenalkan rangkaian ULTRA5G bagi menyediakan kualiti internet 5G yang lebih laju dan stabil untuk para penggunanya. Perlu diingati bahawa ULTRA5G masih belum ditawarkan di kebanyakan tempat, namun pengguna U Mobile masih boleh nikmati rangkaian 5G konvensional di tempat yang tidak mempunyai ULTRA5G.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Belanjawan 2027: Rakyat Digital tawar 100,000 langganan AI percuma tahun depan

    Inisiatif Rakyat Digital akan diteruskan pada 2027 dengan penyediaan 100,000 langganan perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) percuma. Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk...

    Belanjawan 2027: Kerajaan dan Grab sediakan RM160 juta untuk pekerja e-hailing dan p-hailing

    Kerajaan mengumumkan pakej bantuan khas bernilai RM160 juta yang dibiayai bersama Grab bagi meningkatkan pendapatan bersih dan kebajikan pekerja e-hailing dan p-hailing...

    Infinix SMART 20e rasmi di Malaysia dengan skrin 120Hz, kalis IP64 bermula RM499

    Infinix melancarkan peranti kelas permulaan baharu iaitu Infinix SMART 20e untuk pasaran Malaysia. Peranti memfokuskan kepada penggunaan harian dan hiburan pada julat...

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured