More

    realme 15T 5G dilancar di Malaysia: Dimensity 6400 Max, skrin AMOLED 120Hz dan bateri 7000mAh bermula RM1,199

    Selepas dilancarkan di India, realme 15T 5G kini rasmi tiba di Malaysia. Peranti ini menampilkan gaya baharu ‘rPhone’ aesthetic yang hadir dalam dua pilihan warna iaitu Flowing Silver dan Suit Titanium. Ia menggunakan paparan AMOLED 120Hz 4R Comfort+ dengan tahap kecerahan puncak sehingga 4000 nits menjadikannya antara skrin paling terang dalam kelasnya.

    Walaupun hanya setebal 7.79mm, telefon ini mampu menempatkan bateri berkapasiti 7000mAh dengan sokongan pengecasan pantas SUPERVOOC 60W. Menariknya, realme turut membawakan cip MediaTek Dimensity 6400 Max 5G yang dipadankan RAM Dinamik sehingga 12GB. Untuk fotografi, realme 15T 5G dilengkapi dwi-kamera AI 50MP dengan teknologi MagicGlow Imaging.

    Turut disertakan ialah AI Edit Genie iaitu ciri suntingan berasaskan suara yang membolehkan pengguna mengedit gambar dengan hanya memberi arahan ringkas. Sebagai sebahagian daripada promosi pelancaran, pembeli boleh menikmati hadiah bernilai sehingga RM518 termasuk realme Buds T200 Lite, rebat tunai RM100 dan waranti lanjutan 1 tahun (selagi stok masih ada).

    realme 15T 5G dijual pada harga bermula RM1,199 dan kini tersedia di seluruh negara melalui realme Brand Stores, pengedar sah serta platform dalam talian seperti Shopee, Lazada dan TikTok Shop. Ia juga boleh didapati melalui Maxis, U Mobile dan redONE.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...