More

    realme akan lancarkan teknologi pengecasan terpantas di dunia pada 14 Ogos 2024

    Sempena sambutan tahunan 828 Fan Festival, realme bakal mengumumkan teknologi pengecasan telefon pintar yang terpantas di dunia pada 14 Ogos 2024. Ini mungkin adalah teknologi pengecasan setinggi 300W yang tertiris semalam, dan realme bakal mengumumkannya secara rasmi pada tarikh tersebut.

    realme masih belum memberi petunjuk tentang kadar pengecasan yang akan diperkenalkan, namun jenama teknologi China itu berkata mereka akan memperkenalkaan empat inovasi utama dalam kuasa pengecasan, teknologi bateri, saiz penukar (converter) dan pengurangan penggunaan tenaga.

    Buat masa ini, telefon pintar dengan kadar pengecasan terpantas adalah realme GT5 dengan kadar pengecasan pantas 240W. Ia boleh mengecas penuh baterinya daripada 0% dalam masa sekitar 10 minit sahaja.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan teknologi pengecasan baharu ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured