More

    realme anjur pertandingan fotografi dengan hadiah terkumpul RM265,000

    realme mengumumkan Anugerah Fotografi realme yang menawarkan hadiah tunai terkumpul melebihi RM265,000 bersempena pelancaran telefon mercu terbaharu iaitu realme GT 8 Pro. Pertandingan terbuka kepada semua pengguna peranti realme dan akan berlangsung sehingga 30 Jun 2026.

    Anugerah ini menampilkan empat kategori utama seperti Real Street Moments, Real Travel Moments, Real Celebration Moments dan Real Everyday Moments. Para peserta berpeluang memenangi hadiah wang tunai, peranti realme terkini dan peluang kontrak kolaborasi dengan realme.

    Semua penyertaan mestilah gambar asli yang dirakam menggunakan peranti realme dan perlu dihantar melalui laman web rasmi anugerah. Sebagai penaja rasmi, realme GT 8 Pro dilengkapi dengan sistem kamera telefoto 200MP hasil kerjasama dengan RICOH GR yang menawarkan kualiti optik terbaik dengan kanta 7P High-Transmittance untuk memastikan 97% transmisi cahaya.

    Telefon mercu ini juga menawarkan keupayaan rakaman video profesional termasuk 4K120FPS Dolby Vision dan 8K30FPS didukung oleh pemproses Snapdragon 8 Elite Gen 5. realme GT 8 Pro akan dilancarkan secara rasmi pada 24 November 2025 dengan tempahan kini dibuka yang menawarkan hadiah percuma bernilai RM1,197.

    Untuk maklumat lanjut mengenai anugerah fotografi dan spesifikasi telefon, anda boleh layari laman web dan media sosial rasmi realme Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured