More

    realme C3 bakal dilancarkan di Malaysia pada 3 Mac ini, kejutan jualan istimewa kepada pembeli awal!

    Terdahulu, peranti yang dikatakan sebagai ‘Game Monster’ atau raksasa dalam gaming ini telah dilancarkan di Indonesia. Kami sememangnya menjangkakan peranti ini bakal muncul di Malaysia dek kerana ramai peminat yang menanti kemunculan peranti mampu milik ini. Terkini, realme telah mengumumkan bahawa realme C3 bakal hadir di Malaysia pada 3 Mac ini!

    Jika anda ingin menyaksikan pelancarannya secara langsung, anda boleh memilih sama ada untuk menonton pada saluran YouTube atau Facebook pada tarikh yang dinyatakan, jam 2.30 PM. Berita gembira juga kepada peminat yang ingin menyambar realme C3, realme bakal mengadakan jualan untuk pembeli awal yang menyaksikan siaran langsung pelancarannya! Anda juga boleh bersiap sedia untuk membelinya secara atas talian melalui Shopee pada tarikh yang sama, bermula jam 6 PM.

    Sepintas lalu, realme C3 hadir dengan tiga kamera utama, bateri besar 5000mAh, dihuni cipset MediaTek Helio G70 dengan RAM 3GB dan storan 32GB yang boleh ditambah ruangnya melalui slot kad MikroSD. Terdahulu, realme C3 dijual di Indonesia dengan hanya 1699000 IRP (~RM516). Kami masih tiada maklumat rasmi mengenai harga realme C3 di Malaysia.

    Kami menjangkakan ramai yang akan menyambar peranti mampu milik ini. Adakah anda ada merancang untuk menyambarnya? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita pelancaran telefon pintar terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured