More

    realme GT 6T akan dilancar pada 22 Mei 2024, dilengkapi skrin 6,000 nits, cas pantas 120W

    Sebelum ini, realme mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan telefon pintar kelas pertengahan realme GT 6T pada bulan ini, namun tarikhnya tidak diperincikan. Kini realme mengesahkan bahawa telefon tersebut bakal dilancar pada 22 Mei 2024 di India jam 12:00pm IST (2:30pm waktu Malaysia).

    Syarikat teknologi itu turut berkongsi beberapa maklumat tambahan berkenaan telefon tersebut seperti skrin yang menggunakan panel LTPO, menawarkan kadar segar semula 120Hz dan kecerahan puncak sehingga 6,000, nits serta dibuat dengan kaca Corning Gorilla Glass Victus 2.

    Kaca Gorilla Glass Victus 2
    Kecerahan puncak sehingga 6,000 nits

    Kecerahan 6,000 nits bakal membuatkan skrin ini antara yang paling cerah dalam pasaran dan pasti akan memudahkan penggunaan di bawah cahaya matahari terik. Panel LTPO pula bermaksud kadar segar semula dalam skrin boleh direndahkan sehingga 1Hz untuk penjimatan bateri yang lebih cekap sewaktu anda melihat imej yang statik pada skrin.

    Spesifikasi lain yang disahkan untuk telefon ini termasuklah pengecasan pantas 120W, bateri 5,000mAh dan cipset Qualcomm Snapdragon 7+ Gen 3. Semua spesifikasi ini membuatkan realme GT 6T sebagai telefon kelas pertengahan yang sangat berkebolehan.

    Bateri 5,000mAh dan pengecasan pantas 120W
    realme GT Neo6 SE

    realme GT 6T mungkin adalah realme GT Neo6 SE yang dijenamakan semula untuk pasaran antarabangsa. Jika benar, ia bakal dilengkapi skrin berukuran 6.78 inci dan tiga kamera (50MP kamera utama + kamera ultra-lebar 8MP + kamera swafoto 32MP).

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    REDMI Headphones Neo, Buds 8 dan Watch 6 dilancar di Malaysia, bermula RM239

    Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran tiga peranti boleh pakai baharu di bawah sub jenama REDMI untuk pasaran Malaysia termasuk fon kepala over-ear...

    Catcha Digital catat untung 128 peratus hasil ambil alih syarikat media Malaysia

    Catcha Digital Berhad mencatatkan prestasi kewangan paling kukuh setakat ini apabila merekodkan pertumbuhan keuntungan sebanyak 128% bagi suku pertama tahun kewangan 2026...

    Cristiano Ronaldo kini jadi duta global Dreame Technology

    Dreame Technology mengumumkan kerjasama global bersama legenda bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo dalam usaha memperkukuh kedudukan mereka dalam pasaran perkakasan rumah pintar...

    Xiaomi Watch S5, Smart Band 10 Pro dan Buds 6 turut rasmi di Malaysia,...

    Selain siri 17T, Xiaomi turut mengumumkan pelancaran beberapa produk baharu di Malaysia menerusi pengenalan Xiaomi Watch S5 46mm, Xiaomi Smart Band 10...

    Siri Xiaomi 17T rasmi di Malaysia dengan Dimensity 9500, kamera Leica dan bateri 7,000mAh...

    Siri Xiaomi 17T secara rasmi dilancarkan di Malaysia dengan dua pilihan model iaitu Xiaomi 17T dan Xiaomi 17T Pro. Model paling berkuasa...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...