More

    realme GT 8 Pro Dream Edition akan dilancar di Malaysia pada 24 November 2025

    Selepas realme Malaysia mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan realme GT 8 Pro pada hari Isnin, 24 November 2025, kini mereka mengesahkan bahawa edisi khas realme GT 8 Pro Dream Edition akan turut dilancar pada hari yang sama.

    Telefon ini merupakan kerjasama khas antara realme dengan pasukan lumba F1 Aston Martin Aramco dan menampilkan rekaan khas. Di belakang, telefon ini mempunyai warna hijau turqoise yang sinonim dengan skema warna pasukan F1 Aston Martin Aramco, serta corak garisan berwarna kuning dan logo khas. Bonggol kameranya pula mempunyai permukaan yang dibuat daripada gentian karbon.

    Ia didatangkan dalam sebuah kotak khas dengan aksesori bertemakan F1 seperti dua sarung telefon, alat pembuka kad SIM khas dan pengecas.

    Sewaktu telefon ini dihidupkan, ia mempunyai antara muka (UI) khas bertemakan Aston Martin Aramco, termasuklah ikon, gambar latar belakang (wallpaper) dan gambar skrin kunci (lockscreen).

    Spesifikasinya sama seperti realme GT 8 Pro yang dilancar sebelum ini. Ia dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 8 Elite Gen 5, skrin AMOLED 6.79 inci 144Hz, RAM 16GB, storan dalaman 1TB, bateri 7,000mAh dan pengecasan pantas 120W.

    Untuk kamera, ia dilengkapi kamera utama 50MP, kamera telefoto periskop 200MP dan kamera ultra-lebar 50MP. Di hadapan, ia mempunyai kamera swafoto 32MP.

    Pra-tempahan untuk relame GT 8 Pro Dream Edition telah pun dibuka bermula hari ini sehingga 28 November 2025. Setiap pra-tempahan akan disertakan dengan hadiah bernilai RM998, termasuklah rebat RM200, jam tangan realme Watch 5, jaminan lanjutan 1 tahun dan tawaran pembelian-dengan-pembelian (PWP) untuk realme Buds Clip pada harga RM299 sahaja. Mereka yang berminat boleh lawati mana-mana realme Brand Store dan letakkan deposit RM50.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured