More

    realme GT7 dilancar – Dimenstiy 9400+, bateri 7,200mAh, skrin 144Hz bermula ~RM1,570

    Selepas melancarkan realme GT 7 Pro pada tahun lalu yang merupakan telefon pertama dalam dunia dengan cipset andalan Qualcomm Snapdragon 8 Elite, kini realme memperkenalkan satu varian baharu di China iaitu realme GT7. Satu perbezaan utama pada telefon ini adalah ia menggunakan cipset MediaTek Dimensity 9400+, menjadikannya antara telefon terawal yang dilengkapi cipset andalan tersebut.

    Cipset ini digabungkan dengan RAM LPDDR5X 12GB atau 16GB, serta storan UFS 4.0 256GB, 512GB atau 1TB. Dengan spesifikasi ini, realme GT7 mampu menjana prestasi yang sangat pantas untuk kegunaan harian dan gaming.

    Skrinnya mempunyai panel AMOLED berukuran 6.8 inci dengan resolusi 1280×2800, kadar segar semula 144Hz, kecerahan puncak 1,800 nits dan menyokong warna 10-bit.

    Baterinya berkapasiti 7,200mAh dan menyokong pengecasan pantas 100W Super Flash Charge. Ia turut menyokong fungsi bypass charging sewaktu anda bermian game, di mana ia akan menggunakan arus elektrik untuk terus menguasakan pemproses telefon dan tidak mengecas bateri, bagi mengawal suhu telefon dan meningkatkan prestasi.

    Untuk fotografi, ia mempunyai kamera utama 50MP, kamera ultra-lebar 8MP dan kamera hadapan 16MP. Lain-lain hubungan yang disokong termasuklah dwi-5G, Wi-Fi 7 (be), Bluetooth 5.4, NFC dan pemancar IR.

    Ia mempunyai pembesar suara stereo, manakala pilihan warnanya terdapat dalam putih Graphene Snow, biru Graphene Ice dan hitam Graphene Night. Ia turut mempunyai rating kalis air IP69.

    realme GT7 akan dijual di China pada harga CNY2,600 (~RM1,570) untuk varian memori 12GB+256GB. Setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaannya di Malaysia.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...