More

    realme turut lancarkan Buds Air7 Pro dan Magnetic Cooling Clip di Malaysia, bermula RM149

    Selain pelancaran siri GT 7, realme turut melancarkan dua aksesori baharu iaitu realme Buds Air7 Pro dan realme Magnetic Cooling Clip. Kedua-dua produk ini dilancarkan bersama dengan siri telefon pintar realme GT 7. realme Buds Air7 Pro muncul sebagai fon telinga paling pintar dalam kelasnya apabila hadir dengan sokongan Gemini AI.

    Ini menjadikannya produk pertama dalam segmen ini dengan ciri-ciri seperti AI Live Translator, Face-to-Face Translator dan AI Inquiry. Pengguna boleh melakukan terjemahan masa nyata, komunikasi pelbagai bahasa dan mendapatkan maklumat segera secara langsung daripada fon telinga.

    Daripada segi audio, Buds Air7 Pro dilengkapi pemacu Dual-DAC 11+6mm yang diperakui Hi-Res, menyokong pembatalan hingar aktif (ANC) sehingga 53dB dan enam mikrofon dengan AI Deep Noise Cancellation. Fon telinga ini menawarkan ketahanan bateri sehingga 48 jam dan hadir dengan reka bentuk premium Aviation Aluminium.

    realme turut memperkenalkan Magnetic Cooling Clip, aksesori penyejuk telefon pintar yang direka khusus untuk peminat permainan mudah alih. Ia dilengkapi dengan kipas tujuh bilah berkelajuan tinggi yang mampu menurunkan suhu peranti sehingga 32°C membolehkan pengguna bermain dalam tempoh yang lama tanpa risiko panas yang melampau.

    Ia hadir dengan berat hanya 53 gram dan menyokong dua jenis pemasangan iaitu magnetik atau clip-on. realme Buds Air7 Pro dijual pada harga RM399 dengan diskaun RM30 ditawarkan bermula 31 Mei hingga 30 Jun 2025 di semua kedai jenama realme, pengedar sah dan kedai rasmi di Shopee, Lazada serta TikTok Shop.

    Sementara itu, realme Magnetic Cooling Clip boleh didapati pada harga RM149 melalui kedai jenama realme dan platform e-dagang terpilih. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...