More

    realme umum Jualan Pertengahan Tahun dengan potongan harga sehingga 50%!

    realme Malaysia hari ini mengumumkan kempen jualan dalam talian pertengahan tahun yang akan berlangsung di Shopee, Lazada dan TikTok Shop. Kempen menawarkan potongan harga sehingga 50% bermula 1 Jun 2025. Promosi akan bermula secara rasmi pada jam 8 malam, 5 Jun bagi Shopee dan Lazada, manakala di TikTok Shop ia berlangsung dari 1 hingga 6 Jun.

    Di Shopee, pengguna boleh menikmati diskaun sehingga 50%, pulangan tunai 10% serta penghantaran percuma. Antara tawaran utama termasuk realme 13 Pro pada harga promosi RM1,499 (RRP: RM1,999), realme Note 60x pada RM299 (eksklusif atas talian) dan realme C63 yang ditawarkan pada RM527.

    Sementara itu, kempen di Lazada menawarkan penjimatan sehingga RM600 bersama baucar platform 10% dan penghantaran percuma. Antara produk yang tersenarai ialah realme 13 Pro+ 5G pada RM1,689 (RRP: RM2,299), realme Buds T110 pada RM79 dan realme C61 pada harga RM407. Pembeli juga boleh menambah RM179 untuk mendapatkan realme Watch S2 apabila membeli model GT7 atau GT 7T.

    Di TikTok Shop, pengguna boleh mendapatkan penjimatan sehingga RM500 termasuk pulangan tunai. Antara tawaran menarik termasuk realme 14x pada harga RM949 (RRP: RM1,099) bersama sepasang realme Buds Classic 2 secara percuma. Model lain yang ditawarkan ialah realme 12+ 5G pada RM899 dan realme C65 pada RM589.

    Untuk maklumat lanjut, layari realme Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan promosi yang ditawarkan realme Malaysia dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured