More

    Redmi Turbo 5 didedah dengan bateri 9,000mAh, pengecasan 100W dan skrin OLED 1.5K

    Model seterusnya dalam siri Turbo Xiaomi semakin hampir dilancar apabila Redmi Turbo 5 dikesan dalam pangkalan data pensijilan radio China. Menurut maklumat terkini, Redmi Turbo 5 akan menampilkan paparan OLED rata dengan bucu melengkung, menyokong resolusi 1.5K dan dilengkapi pengimbas cap jari ultrasonik dalam skrin.

    Ini adalah peningkatan ketara berbanding Turbo 4 yang menggunakan penderia optikal. Redmi Turbo 5 turut akan disertakan bateri silikon berkapasiti besar 9,000mAh dengan pengecasan pantas 100W menjadikannya antara telefon paling tahan lama dalam kelasnya.

    Reka bentuknya dikatakan mengekalkan gaya minimalis seperti pendahulu, namun kini menawarkan tahap kalis air penuh, berkemungkinan dengan penarafan IP68 atau IP69. Walaupun cip pemproses belum disahkan, laporan awal menjangkakan Turbo 5 akan dikuasakan oleh cipset Dimensity 8500 Ultra yang dijangka debut menerusi OPPO Reno 15 Pro pada November ini.

    Menurut sumber yang sama, Redmi Turbo 5 akan dilancarkan di China pada suku pertama 2026 dengan versi global berkemungkinan diperkenalkan sebagai Poco X8 Pro dalam tempoh yang sama. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Weibo

     

    Artikel Terkini

    Selepas 7 tahun menghilang, vivo S2 kini dilancarkan dengan bateri 7,050mAh dan IP69

    vivo melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu vivo S2 selepas siri berkenaan tidak mengeluarkan model baharu hampir tujuh tahun. Peranti kelas pertengahan ini...

    U Mobile kini raja telco Malaysia? Gondol 8 anugerah dalam laporan terbaharu

    Opensignal secara rasmi mengeluarkan Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Malaysia bagi Julai 2026 berdasarkan data yang dikumpul bermula 1 April hingga 29...

    BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro diperkenal di Malaysia dengan bateri 108.7kWh, jarak...

    BMW Malaysia secara rasmi memperkenalkan BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro baharu iaitu model pengeluaran pertama dalam barisan Neue Klasse untuk...

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured