More

    Redmi Watch 2 dan Redmi Buds 3 Lite dilancar, miliki skrin AMOLED 1.6″ dan kalis air bermula ~RM65

    Acara yang diadakan Redmi hari ini telah memperkenalkan telefon siri Note 11 baharu bersama-sama dengan sekuel kepada Redmi Watch dari tahun lepas iaitu Redmi Watch 2 serta Redmi Buds 3 edisi Lite. Untuk pengetahuan, Redmi melancarkan Redmi Watch yang pertama pada November tahun lalu.

    Redmi Watch 2 mempunyai skrin AMOLED 1.6 inci dengan resolusi 320 x 360 berbanding versi sebelumnya yang hanya menggunakan skrin LCD IPS 1.4 inci. Kecekapan penggunaan tenaganya juga bertambah baik kerana mampu bertahan 12 hari dengan sekali cas. Seperti sebelum ini, pengecasan dilakukan dengan penyambung magnetik.

    Jam tangan ini dikuasakan oleh cipset Apollo 3.5 dan menyokong 117 mod sukan yang berbeza termasuk penjejakan berenang. Badan jam tangan pintar ini kalis air dan mampu bertahan dengan kedalaman 5 ATM (50m). Selain itu, ia didatangkan dengan penjejakan tidur dan pemantauan kadar jantung serta sensor oksigen darah (SpO2).

    Untuk aktiviti luar, Redmi Watch 2 menyokong empat sistem penjejakan global iatu GPS, GLONASS, Galileo dan BeiDou. Ciri sambungan lain ialah NFC. Walaupun mempunyai paparan yang lebih besar dan bateri yang dipertingkatkan, beratnya hanya 31g. Pembeli boleh memilih antara tiga warna badan yang ditawarkan dan enam warna untuk tali TPU.

    Redmi Watch 2 sedang dalam pra-tempahan dan akan mula dihantar pada 11 November. Ianya berharga CNY 400 (~RM260), tetapi pembeli awal boleh membelinya pada harga promosi CNY 350 (~RM230).

    Redmi Buds 3 Lite dijual pada tanda harga CNY 100 (~RM65). Ia menampilkan reka bentuk “telinga kucing” yang bertujuan untuk menjadikan fon telinga tersebut terletak dengan lebih selesa dan lebih selamat di telinga anda.

    Redmi Buds 3 Lite menjanjikan kemampuan 18 jam hayat bateri. Ia masih mengecas melalui USB-C dan dilengkapi dengan sambungan Bluetooth 5.2. Fon telinga wayarles ini mempunyai kalis air rating IP54 untuk melindunginya daripada hujan dan peluh.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan produk Xiaomi terbaru ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...