More

    Reka bentuk rasmi REDMAGIC 9 Pro didedah, tampilkan 3 warna

    Telefon pintar gaming REDMAGIC 9 Pro dijadualkan akan dilancarkan pada 23 November 2023, menawarkan reka bentuk nipis pada 8.9mm, dikuasakan oleh cipset Snapdragon 8 Gen 3 dan lampu RGB yang unik.

    Rekaan telefon ini menampilkan bahagian depan dan belakang yang rata, susunan tri-kamera 50MP di bahagian belakang dan pencetus mod yang diletakkan di bawah butang kunci kuasa bulat di sebelah kanan. Selain itu, lampu RGB ditempatkan secara strategik dalam kipas, di belakang nombor “09” yang mewakili siri kali ini dan juga dalam pencetus bahu sensitif sentuhan.

    Meneruskan trend tersebut, Red Magic 9 Pro akan menggabungkan kamera bawah paparan untuk generasi kelima berturut-turut. Dengan baki lapan hari lagi sehingga pelancaran rasmi di China pada jam 2:00 petang dan waktu Malaysia, butiran lanjut tentang peranti itu dijangka akan didedahkan tidak lama lagi.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.

    Sumber: Weibo

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured