More

    Rekaan dan spesifikasi realme Pad 2 4G tertiris, mungkin dilengkapi bateri 8,000mAh, cipset Helio G99

    realme dikhabarkan sedang membangunkan sebuah tablet baharu bernama realme Pad 2 4G. Jika benar, ia bakal menjadi tablet realme yang pertama untuk tahun ini dan yang terbaru selepas realme Pad X.

    Gambar-gambar awal untuk tablet itu telah dikongsi dalam Twitter oleh pengkhabar berita teknologi popular Abishek Yadav. Rekaan belakangnya menampilkan corak warna kelabu dua tona dan bonggol kamera yang menempatkan dua lensa.

    Beliau turut berkongsi beberapa spesifikasi asas untuk tablet ini, seperti cipset MediaTek Helio G99, RAM 8GB, storan dalaman 128GB, bateri 8,360mAh, pengecasan pantas 33W dan sistem operasi Android 13 dengan antara muka realme UI 4.0. Ini agak berbeza dengan realme Pad X yang menggunakan cipset Snapdragon 695, namun masih boleh dianggap sebagai tablet kelas pertengahan.

    Di bahagian sisi, ia mempunyai empat pembesar suara dan satu port USB-C. Kamera utamanya pula ialah kamera 20MP. Malangnya, beliau tidak berkongsi saiz skrin dan jenis panel yang digunakan untuk realme Pad 2 4G.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan realme Pad 2 4G dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured