More

    Rekaan dan spesifikasi Samsung Galaxy S24 FE tertiris, mungkin ditawarkan dalam 5 warna

    Samsung dikhabar bakal melancarkan varian terakhir dalam siri Galaxy S24 iaitu Samsung Galaxy S24 FE pada bulan Oktober 2024. Kini beberapa gambar yang menunjukkan rekaan telefon itu sudah pun tertiris dalam internet dan maklumat ringkas mengenai spesifikasinya juga kini sudah diketahui.

    Galaxy S24 FE bakal mempunyai rekaan yang serupa dengan Galaxy S24 dan Galaxy S24+, dengan bucu yang melengkung dan tiga lensa yang tertimbul di bahagian belakang. Warna yang ditawarkan pula terdiri daripada Graphite, biru, perak/putih, hijau dan kuning.

    Pilihan warna untuk Galaxy S24 FE

    Untuk spesifikasi, ia dikhabar akan mempunyai skrin AMOLED berukuran 6.7 inci dengan resolusi Full HD+, kadar segar semula 120Hz dan kecerahan puncak 2,000 nits, serta cipset Exynos 2400e dan bateri 4,565mAh. Sebagai rujukan, Galaxy S24+ mempunyai skrin dengan kecerahan puncak 2,600 nits, cipset Exynos 2400 dan bateri 4,900mAh.

    Kameranya terdiri daripada tiga, iaitu kamera utama 50MP, kamera ultra-lebar 12MP dan kamera telefoto 8MP dengan zum optikal 3x, manakala di hadapan pula terdapat kamera swafoto 10MP.

    Seperti semua telefon dalam siri Galaxy S24, Galaxy S4 FE bakal menerima fungsi kecerdasan buatan Galaxy AI yang akan memudahkan penggunaan harian anda. Ini termasuklah fungsi seperti Portrait Studio, Image-to-Sketch, Photo Assist, Generative Edit, Circle to Search with Google, Live Translate, Note Asist dan banyak lagi.

    Rekaan belakang dan hadapan Galaxy S24 FE
    Spesifikasi skrin Galaxy S24 FE
    Spesifikasi kamera Galaxy S24 FE
    Ketahanan bateri Galaxy S24 FE

    Buat masa ini, harga untuk Galaxy S24 FE masih belum diketahui. Memandangkan Galaxy S23 FE dilancar pada Oktober tahun lalu, kita boleh jangkakan Galaxy S24 FE untuk dilancar pada bulan yang sama kelak. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Android Headlines

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured