More

    Rekaan kamera POCO X3 yang didakwa ‘rebrand’ Redmi K30 Ultra diacah, spesifikasi didedahkan

    Terdahulu, kami telah memaklumkan mengenai peranti atau telefon pintar POCO baharu yang telah diacah oleh pihak ekseskutif POCO sendiri. Sumber yang sama kini mengacah kembali rekaan tetapan kamera utama dan memperlihatkan sampel gambar dari peranti baharu POCO ini, didakwa sebagai POCO X3.

    Memandangkan ia pernah diacah dan kini dijangka hadir dengan kewujudan skrin 120Hz, ramai yang menjangkakan POCO X3 adalah Redmi K30 Ultra yang dijenamakan semula. Apa pun, ia mungkin tidak akan sama dengan Redmi K30 Ultra memandangkan POCO X3 adalah peranti kelas pertengahan. Ia mungkin dilengkapi 120Hz, tetapi dengan cipset kelas pertengahan Snapdragon 732 seperti yang didakwa.

    Sejauh manakah kebenaran dakwaan ini? Mungkin kita akan dapat melihat berita atau ura-ura yang lebih jelas pada hari-hari akan datang, berserta tarikh pelancarannya.

    Sementara itu, anda boleh melihat sampel gambar yang diambil melalui POCO X3.

    Adakah anda peminat POCO? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Baca berita lepas mengenai peranti menarik POCO!

    Sumber: @Anguskhng melalui Gizmochina, @ishanagarwal24

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...