More

    Rekaan Samsung Galaxy A14 tertiris, mungkin lebih tebal daripada Galaxy A13

    Selepas Samsung Galaxy A04s dilancar di Malaysia pada minggu lalu, kini rekaan untuk Samsung Galaxy A14 pula sudah tertiris di internet. Telefon ini bakal menjadi pengganti kepada Samsung Galaxy A13 yang dilancar pada awal tahun ini dan mungkin menampilkan spesifikasi yang lebih canggih daripada Galaxy A04s.

    Galaxy A14 mungkin akan dilengkapi skrin LCD berukuran 6.8 inci dengan resolusi FullHD+ dan takuk (notch) Infinity-U berbentuk separuh bulat di bahagian atas untuk menempatkan kamera swafoto. Ini adalah berlainan dengan Galaxy A13 yang mempunyai takuk Infinity-V.

    Selain itu, Galaxy A14 mempunyai ketebalan yang lebih tinggi berbanding Galaxy A13 sebanyak 0.5mm, di mana Galaxy A14 berukuran 167.6×78.7×9.3mm.

    Di bahagian belakang pula, Galaxy A14 tidak mempunyai banyak perubahan berbanding Galaxy A13. Ia mempunyai tiga bulatan besar dan satu bulatan kecil untuk menempatkan empat kamera, serta satu lampu denyar LED. Telefon ini tidak mempunyai bonggol kamera, sebaliknya setiap lensa itu tertimbul keluar daripada telefon.

    Rekaan sisinya juga tidak banyak berubah daripada Galaxy A13, di mana ia mempunyai bahgian sisi yang hampir rata. Di bawah, ia mempunyai port USB-C, bicu audio 3.5mm, mikrofon dan pembesar suara. Untuk bahagian sisi pula, ia mempunyai pengimbas cap jari di bahagian kanan yang turut berfungsi sebagai butang kuasa, serta ruang kad SIM di bahagian kiri.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Giznext

     

    Artikel Terkini

    Belanjawan 2027: Rakyat Digital tawar 100,000 langganan AI percuma tahun depan

    Inisiatif Rakyat Digital akan diteruskan pada 2027 dengan penyediaan 100,000 langganan perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) percuma. Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk...

    Belanjawan 2027: Kerajaan dan Grab sediakan RM160 juta untuk pekerja e-hailing dan p-hailing

    Kerajaan mengumumkan pakej bantuan khas bernilai RM160 juta yang dibiayai bersama Grab bagi meningkatkan pendapatan bersih dan kebajikan pekerja e-hailing dan p-hailing...

    Infinix SMART 20e rasmi di Malaysia dengan skrin 120Hz, kalis IP64 bermula RM499

    Infinix melancarkan peranti kelas permulaan baharu iaitu Infinix SMART 20e untuk pasaran Malaysia. Peranti memfokuskan kepada penggunaan harian dan hiburan pada julat...

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured