More

    Rekaan Samsung Galaxy S23+ dan S23 Ultra tertiris, tidak banyak beza dengan S22 Ultra

    Siri telefon pintar andalan Samsung Galaxy S23 bakal dilancarkan secara rasmi pada 2 Februari 2023. Samsung masih belum memberi sebarang maklumat rasmi mengenai peranti tersebut, namun seperti tahun-tahun sebelum ini, pelbagai maklumat tentangnya telah pun tertiris sebelum pelancaran.

    Kini rekaan penuh untuk dua varian utama, Galaxy S23+ dan Galaxy S23 Ultra, telah pun tertiris dalam laman web Nieuwe Mobiel.

    Galaxy S23 Ultra bakal ditawarkan dalam empat pilihan warna iaitu hitam Phantom Black, kuning Cotton Flower, hijau Botanic Green dan ungu Misty Lilac. Reka bentuknya tidak banyak berbeza dengan Galaxy S22 Ultra yang lalu, di mana ia mempunyai bucu yang tajam serta mempunyai lubang khas untuk menempatkan stilus S Pen. Rekaan stilus tersebut juga nampak tidak banyak berbeza dengan sebelum ini.

    Perbandingan Galaxy S23 Ultra (kiri) dengan Galaxy S22 Ultra (kanan)

    Galaxy S23 Ultra dikhabarkan bakal menjadi telefon Galaxy pertama yang mempunyai kamera 200MP dan ini mungkin membuatkan saiz lensa kamera pada telefon itu lebih besar berbanding Galaxy S22 Ultra.

    Untuk Galaxy S23+ pula, terdapat satu perbezaan ketara dengan Galaxy S22+ iaitu ia tidak lagi mempunyai bonggol kamera yang besar. Sebaliknya, ia sekadar mempunyai tiga lensa yang timbul daripada permukaan belakang telefon, menjadikannya serupa dengan kamera pada Galaxy S23 Ultra.

    Perbandingan Galaxy S23+ (kiri) dengan Galaxy S22+ (kanan)

    Selain daripada itu, Galaxy S23+ tidak mempunyai banyak perbezaan dengan Galaxy S22+. Ia masih mempunyai bucu dan bahagian sisi yang melengkung untuk membezakannya dengan Galaxy S23 Ultra.

    Menurut gambar-gambar yang telah dikongsi, pilihan warna Galaxy S23+ adalah sama dengan Galaxy S23 Ultra. Kita juga boleh menjangkakan Galaxy S23 standard untuk mempunyai rekaan yang sama dengan Galaxy S23+.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri Galaxy S23 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "

    Sumber: Nieuwe Mobiel

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured