More

    ROG Ally Z1 muncul dalam laman rasmi ROG Malaysia, berharga RM2,799

    Apabila ASUS melancarkan ROG Ally di Malaysia, ia adalah model Z1 Extreme dan tiada tanda untuk versi Z1 muncul. Namun begitu, varian ROG Ally Z1 baru sahaja dikeluarkan di pasaran Amerika Syarikat pada harga $600 (~RM2,816). Menariknya, laman rasmi ASUS Malaysia di sini akan menunjukkan tanda harga rasmi pada RM,2799.

    Untuk pengetahuan, AMD Ryzen Z1 dan Z1 Extreme adalah satu-satunya perkara yang berbeza antara kedua-dua model. Pemproses Z1 Extreme mempunyai 8 teras, 16 bebenang dan sehingga 8.6 teraflop kuasa pemprosesan grafik manakala Z1 standard hanya mempunyai 6 teras dan 12 bebenang pemprosesan serta sehingga 2.8 teraflops.

    Namun begitu, kedua-dua model menyokong teknologi penaiktarafan AMD FidelityFX Super Resolution dan AMD Radeon Super Resolution. Spesifikasi teknologi lain yang sama adalah seperti RAM LPDDR5 16GB dwi saluran, storan PCIe Gen 4 512GB dan paparan 7 inci 120Hz.

    Namun, ASUS Malaysia masih belum mendedahkan bila peranti ini akan dilancarkan secara rasmi untuk pasaran tempatan. Jika anda berminat untuk mendapatkannya, anda boleh menyemak ulasan kami tentang ROG Ally (Z1 Extreme) di sini.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan peranti ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured