More

    Rupa HONOR X20 SE tertiris, tampilkan rekaan berkilauan dan 3 kamera

    Selepas kejayaan HONOR melancarkan telefon pintar andalan HONOR X50 pada pertengahan bulan ini, mereka kini sedang mengusahakan pelancaran untuk sebuah telefon kelas pertengahan pula iaitu HONOR X20 SE.

    Pengkhabar berita teknologi Digital Chat Station telah berkongsi gambar awal yang menunjukkan rupa teleofn tersebut, di mana ia mempunyai permukaan belakang yang berkilauan serta dilengkapi tiga kamera. Gambar tersebut menunjukkan dua pilihan warna iaitu hijau dan merah jambu.

    Di bahagian depan pula, telefon ini dilihat mempunyai sebuah kamera swafoto yang diletakkan dalam lubang kecil di bahagian atas tengah skrin. Ia juga mempunyai permukaan bezel yang sangat nipis di bahagian sisi dan atas skrin, manakala di bawah skrin pula agak tebal.

    HONOR X20 SE dikhabar akan dilengkapi skrin LCD berukuran 6.6 inci dengan kadar segar semula 90Hz, cipset Dimensity 700, tiga kamera 64MP dan pengecasan pantas 22.5W. Setakat ini tiada maklumat tentang pelancarannya.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon HONOR ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Weibo

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured