More

    Rupa Samsung Galaxy A32 5G tertiris, tampilkan rekaan kamera baru

    Beberapa gambar rasmi yang menunjukkan rupa Samsung Galaxy A32 5G kini telah pun tertiris dan ia padan dengan gambar yang telah dilaporkan pada tahun lepas. Gambar terbaru ini menunjukkan telefon tersebut yang ditawarkan dalam empat warna serta susunan kameranya yang berlainan dengan Galaxy A31.

    Galaxy A32 5G dilihat mempunyai empat kamera di mana setiap lensanya terletak dalam bonggolnya (camera bump) sendiri, berlainan dengan rekaan kamera Galaxy A31 di mana setiap lensanya diletakkan dalam satu bonggol sahaja.

    Galaxy A32 5G mungkin akan dilengkapi skrin 6.5 inci, badan dibuat daripada plastik, serta empat kamera yang terdiri daripada kamera utama 48MP, kamera ultra-lebar, kamera makro dan sensor kedalaman. Seperti kebanyakan telefon kelas pertengahan, ia dijangka akan mempunyai bicu audio 3.5mm serta pengimbas cap jari di bahagian sisi.

    Sebelum ini, Galaxy A32 5G dikhabarkan telah pun berada dalam Geekbench di mana ia dikenal pasti mempunyai cipset Dimensity 720 dan RAM 4GB, manakala pengiktirafan FCC pula mengesahkan kehadiran pengecas 15W dalam kotak.

    Jika anda berminat untuk memiliki versi sebelumnya iaitu Galaxy A31, jangan lupa untuk baca ulasan kami di sini.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Galaxy A32 5G dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: WinFuture

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured