More

    Rupa skrin telefon lipat Motorola Razr 3 tertiris, hampir tiada kesan lipat

    Motorola dikhabarkan bakal melancarkan telefon pintar lipat seterusnya yang bernama Motorola Razr 3. Maklumat rasmi tentang telefon itu masih belum diketahui, namun kini sebuah video pendek di Twitter telah menunjukkan rekaan skrin lipat untuk peranti tersebut.

    Pengkhabar berita teknologi, Evan Blass, telah berkongsi video yang menunjukkan skrin lipat Motorola Razr 3 yang mempunyai kod nama Maven. Skrin tersebut mempunyai bezel yang nipis serta kamera swafoto dalam lubang tebuk (punch hole) di bahagian atas tengah, berbeza dengan takuk (notch) dalam Razr sebelum ini.

    Apa yang lebih menarik adalah garis lipatan hampir tiada langsung pada skrin ini, sesuatu yang membuatkannya lebih menarik berbanding telefon lipat lain. Sungguh pun begitu, video ini mempunyai resolusi yang kabur jadi itu mungkin telah menyembunyikan garis lipatannya dengan baik.

    Selain skrin utama, Razr 3 ini turut mempunyai skrin luaran di bahagian belakang telefon yang boleh menunjukkan waktu dan notifikasi ringkas. Modul kameranya pula terdiri daripada dua lensa dan satu lampu flash.

    Rupa Razr 3 dalam video oleh Evan Blass menyerupai gambar yang telah tertiris sebelum ini.

    Dalam pada itu, Motorola telah mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan sebuah telefon yang dilengkapi dengan cipset Snapdragon 8+ Gen 1, jadi Razr 3 ini mungkin adalah telefon yang diperkatakan.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...