More

    Samsung bakal integrasikan Google Gemini pada siri Galaxy A tidak lama lagi

    Samsung hari ini telah mengumumkan penambahan akses kepada pembantu AI generatif Gemini pada peranti kelas pertengahan menerusi kemas kini perisian terbaharu. Bermula awal Mei 2025, pengguna siri Galaxy A akan dapat melancarkan Gemini hanya dengan menekan dan menahan butang kuasa. Untuk pengetahuan, ciri ini hanya tersedia eksklusif kepada siri Galaxy S24.

    Antara model dalam siri Galaxy A yang menerima kemas kini ini ialah Galaxy A56 5G, Galaxy A36 5G dan Galaxy A26 5G. Dengan hanya satu sentuhan pada butang kuasa, Gemini akan diaktifkan untuk membantu pengguna dalam pelbagai tugasan harian semuanya menerusi perintah suara.

    Pengguna disarankan untuk memastikan peranti mereka dikemas kini kepada versi perisian terkini bagi menikmati ciri Gemini AI ini sepenuhnya. Tambahan, sempena pengumuman ini, Samsung turut mengadakan promosi menarik yang berlangsung sehingga 30 April 2025. Antara tawaran yang disediakan ialah:

    Promosi ini sah untuk pembelian model-model Galaxy A terpilih di laman web rasmi Samsung dan rakan pengedar yang mengambil bahagian. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Samsung

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...