More

    Samsung bakal keluarkan versi lite untuk Galaxy Tab S6 dengan harga yang lebih murah?

    Tablet mungkin sudah tidak menjadi trend lagi pada hari ini, tetapi Samsung tetap meneruskan rekaannya, khas untuk mereka yang masih memilih menggunakan skrin yang lebih besar.

    Tahun lepas, Samsung telah mengeluarkan siri Galaxy Tab S6 yang dilengkapi dengan spesifikasi hebat pada harga yang agak mahal. Tahun ini, Syarikat itu mempunyai perancangan untuk melancarkan Galaxy Tab S6 Lite pada harga yang lebih murah.

    Menurut Android Headlines, Galaxy Tab S6 Lite akan kelihatan sama seperti varian biasa. Ia dijangka mempunyai cipset Exynos 9611, 4GB RAM, dan storan dalaman 64GB atau 128GB. Di samping itu, ia didatangkan dengan S-Pen yang boleh dicas tanpa wayar. Harga untuk peranti ini pula dijangka sekitar USD 399 (~ RM1674).

    Untuk rujukan anda, Galaxy Tab S6 secara rasmi boleh didapati di Malaysia dengan harga RM3099. Jadi, jika Lite berharga seperti yang diperkatakan, ia akan menjadi hampir separuh daripada harga Tab S6 biasa. Ini sangat sesuai untuk anda yang inginkan tablet lebih besar daripada siri Galaxy Tab A dengan harga yang jauh lebih murah.

    Seperti biasa, ini masih dianggap berita khabar angin dan kami tidak mempunyai kata rasmi atau sebarang tarikh pelancaran walaupun sumber ada mendakwa ia akan tersedia beberapa minggu lagi.

    Adakah anda berminat untuk mendapatkan tablet dengan skrin yang lebih besar dengan harga yang murah? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : Android Headlines

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured