More

    Samsung bakal lancar siri Galaxy S24 pada Januari 2024, S24 Ultra bawa peningkatan kamera

    Samsung dijangka akan memperkenalkan siri Galaxy S24 pada pertengahan Januari tahun depan dengan S24 Ultra sebagai telefon kamera terbaik oleh syarikat itu setakat ini. S24 Ultra dijangka menampilkan mod malam yang dipertingkatkan dan mod 200MP baharu dengan pengoptimuman AI.

    Algoritma ini direka untuk mengenali 12 jenis objek dan mengoptimumkannya untuk kualiti imej yang dipertingkatkan. Eksklusif pada S24 Ultra, ia akan dikuasakan oleh cipset Snapdragon 8 Gen 3, memanfaatkan keupayaan AI canggihnya.

    Dalam pada itu, terdapat laporan mencadangkan bahawa Samsung akan mengekalkan sensor kamera utama yang digunakan dalam Galaxy Z Fold5, Galaxy S23 dan S23+ untuk Galaxy S24 dan S24+ serta Galaxy S25 dan S25+ yang akan datang. Ini bertentangan dengan spekulasi awal tentang peralihan kepada sensor buatan Sony untuk Galaxy S25 dan S25+ tetapi ia dijangka akan menggunakan dengan sensor ISOCELL GN3.

    GN3 adalah format optik 50MP 1/1.56 inci dengan piksel pra-binned 1.0µm, menawarkan saiz sensor yang lebih besar. Walaupun sensor kekal sama, potensi penambahbaikan mungkin datang dalam bentuk optik, lensa dan pemproses imej yang dipertingkatkan dalam cipset yang lebih baharu, memberikan pengalaman pemprosesan imej yang lebih konsisten.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured