More

    Samsung dilaporkan dapat lesen dari AS untuk terus bekalkan skrin kepada HUAWEI

    Terkini, unit paparan Samsung Electronics dilaporkan mendapat lesen dari Amerika Syarikat (AS) untuk terus membekalkan panel skrin kepada HUAWEI Technologies. Berita ini dilaporkan oleh sumber yang dipercayai kepada Reuters.

    Jika anda masih keliru dengan perkara ini, AS dahulunya telah menyekat semua syarikat di negaranya dari membekal atau berurusan dengan HUAWEI. Sekatan ini bermula pada 15 September 2020 atas sebab tuduhan HUAWEI menjadi pengintip untuk China. Namun, HUAWEI menafikan tuduhan tersebut.

    Menurut laporan lepas dan terkini, setakat ini unit paparan dari Samsung Electronics iaitu Samsung Display dan Intel Corp adalah antara syarikat yang mendapat lesen untuk terus membekalkan produk kepada HUAWEI.

    Apakah pandangan anda mengenai hal ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Terdahulu, HUAWEI melancarkan siri HUAWEI Mate40 dan beberapa produk aksesori HUAWEI yang lain.

    Sumber: Reuters

     

    Artikel Terkini

    Peti ais untuk manusia ‘Do Hiemon Box’ dilancar di Jepun dengan harga ~RM43,260

    Syarikat pengeluar peti ais dan mesin layan diri dari Jepun, SDRS, bersama pembekal peralatan industri Trusco Nakayama telah memperkenalkan Do Hiemon Box....

    Pembelian Warner Bros oleh Paramount digantung 14 hari susulan saman 12 negeri

    Hakim persekutuan di California telah mengarahkan Paramount Skydance dan Warner Brothers Discovery untuk menangguhkan penggabungan mereka secara sementara. Keputusan ini dibuat bagi...

    Google lancarkan Gemini 3.6 Flash, 3.5 Flash-Lite dan 3.5 Flash Cyber

    Google secara rasmi memperkenalkan tiga model kecerdasan buatan (AI) baharu iaitu Gemini 3.6 Flash, Gemini 3.5 Flash-Lite dan Gemini 3.5 Flash Cyber....

    Storan akaun Google kini masukkan sekali SMS, sejarah panggilan dan sandaran telefon

    Google telah mula menghantar pemberitahuan kepada pengguna mengenai perubahan penggunaan ruang storan Google Account. Melalui kemas kini baharu, semua data sandaran peranti...

    Samsung Display perkenal panel tandem OLED pertama dengan pensijilan True Black 1400

    Samsung Display secara rasmi mula membekalkan panel tandem OLED baharu untuk laptop yang melepasi pensijilan VESA DisplayHDR True Black 1400. Piawaian baharu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured