More

    Samsung Galaxy A04 dilancar: Skrin LCD 6.5 inci, dwi-kamera 50MP dan bateri 5,000mAh

    Samsung telah melancarkan telefon pintar kelas permulaan Samsung Galaxy A04 yang merupakan penyambung kepada Samsung Galaxy A03 yang dilancar pada awal tahun ini di Malaysia. Seperti telefon sebelumnya, Galaxy A03 mempunyai fungsi-fungsi dan spesifikasi asas untuk kegunaan harian.

    Galaxy A03 mempunyai skrin LCD berukuran 6.5 inci dengan resolusi HD+ dan takuk Infinity-V. Spesifikasi dalamannya terdiri daripada cipset Exynos 850, RAM 4GB, 6GB atau 8GB, storan dalaman 32GB, 64GB atau 128GB yang boleh dibesarkan dengan kad memori microSD dan bateri 5,000mAh.

    Ia mempunyai dua kamera di belakang yang terdiri daripada kamera utama 50MP dan sensor kedalaman 2MP. Sistem operasinya adalah One UI Core 4.1 berdasarkan Android 12.

    Telefon ini menyokong hubungan dwi-kad SIM, rangkaian 4G VoLTE, Wi-Fi 802.11ac, Bluetooth 5.0 dan GPS. Seperti telefon kelas permulaan lain, ia mempunyai port USB-C dan bicu audio 3.5mm.

    Setakat ini masih tiada maklumat mengenai harga atau keberadaannya di Malaysia. Jika anda lebih berminat dengan Galaxy A03, baca dahulu ulasan kami mengenainya.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Samsung Mobile

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured