More

    Samsung Galaxy A35 5G dan Galaxy A55 5G akan dilancar di Malaysia pada 22 Mac 2024

    Samsung telah melancarkan siri telefon pintar kelas pertengahan terbaru, Samsung Galaxy A35 5G dan Samsung Galaxy A55 5G, pada 12 Mac 2024 lalu untuk pasaran antarabangsa. Kini, Samsung Malaysia pula telah mengumumkan bahawa kedua-dua model telefon pintar itu akan dilancar untuk pasaran tempatan pada hari Jumaat, 22 Mac 2024.

    Bermula tarikh tersebut, para pelanggan boleh membeli telefon ini di mana-mana kedai Samsung Experience Stores, pengedar sah Samsung Authorised Retailers, laman web Samsung Online Store atau platform e-dagang Shopee dan Lazada. Pada waktu penulisan, harganya masih belum diumum, jadi kita perlu menunggu sehingga hari Jumaat nanti untuk mengetahuinya.

    Kedua-dua telefon mempunyai spesifikasi yang sangat menarik untuk sebuah telefon pintar kelas pertengahan, seperti skrin AMOLED 120Hz, bateri 5,000mAh dan tiga kamera. Perbezaan yang ketara di antara kedua-dua telefon hanyalah daripada segi RAM dan jumlah megapiksel dalam sensor kamera.

    Berikut adalah spesifikasi yang sudah diumum untuk kedua-dua telefon:

    Samsung Galaxy A35 5G

    • Skrin Super AMOLED 6.6 inci, resolusi Full HD+, kadar segar semula sehingga 120Hz, menyokong Vision Booster
    • RAM 8GB
    • Storan dalaman 256GB
    • Bateri 5,000mAh
    • Kamera utama 50MP + kamera ultra-lebar 8MP + kamera makro 5MP
    • Kamera swafoto 13MP
    • Sistem operasi Android 14 dengan One UI 6.1
    • Sistem keselamatan Samsung Knox
    • Berukuran 161.7 x 78.0 x 8.2mm, berat 209g

    Samsung Galaxy A55 5G

    • Skrin Super AMOLED 6.6 inci, resolusi Full HD+, kadar segar semula sehingga 120Hz, menyokong Vision Booster
    • RAM 12GB
    • Storan dalaman 256GB
    • Bateri 5,000mAh
    • Kamera utama 50MP + kamera ultra-lebar 12MP + kamera makro 5MP
    • Kamera swafoto 32MP
    • Sistem operasi Android 14 dengan One UI 6.1
    • Sistem keselamatan Samsung Knox
    • Berukuran 161.1 x 77.4 x 8.2mm, berat 213g

    Layari laman web Samsung Malaysia untuk mengetahui lebih lanjut tentang Samsung Galaxy A55 5G dan Samsung Galaxy A35 5G. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan dua telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured