More

    Samsung Galaxy A42 diumum, bakal jadi telefon 5G Samsung termurah setakat ini

    Selepas melancarkan Galaxy M51, nampaknya Samsung akan melancarkan sebuah lagi telefon pintar iaitu Galaxy A42 5G dan yang menariknya kali ini adalah ia bakal menjadi telefon pintar Samsung 5G yang termurah. Syarikat itu telah memberi sedikit maklumat awal tentang telefon itu dalam acara Life Unstoppable pada hari ini.

    Telefon itu dilengkapi skrin AMOLED 6.6 inci, empat kamera di belakang dan sebuah kamera swafoto dalam takuk notch pada skrin. Permukaan belakangnya menampilkan corak warna yang agak unik, dengan jaluran warna hitam yang bervariasi.

    Berdasarkan nombor modelnya, ia mungkin akan dijual pada harga yang lebih murah daripada Galaxy A51 5G atau A71 5G, menjadikannya telefon 5G yang termurah oleh Samsung. Setakat ini masih tiada maklumat tentang harganya namun Samsung mengatakan ia akan dilancar dalam masa terdekat pada tahun ini.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Samsung Newsroom

     

    Artikel Terkini

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Acer Swift Air 14 rasmi di Malaysia dengan Intel Core 7 350, berat 1.19kg...

    Acer Malaysia secara rasmi membawa masuk komputer riba baharu Acer Swift Air 14 ke pasaran tempatan. Model nipis dan ringan ini ditawarkan...

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured