More

    Samsung Galaxy Fold 2 mungkin dengan cipset Snapdragon 855 sahaja

    Setelah kemunculan beberapa peranti boleh lipat pada tahun 2019, jenama-jenama besar kelihatan seperti berlumba untuk mengeluarkan peranti boleh lipat. Ini termasuklah telefon pintar boleh lipat, tablet boleh lipat dan komputer boleh lipat.

    Terkini, gosip hangat mengenai Samsung Galaxy Fold 2 dihangatkan lagi dengan khabar angin baru. Khabar angin baru ini menyatakan bahawa Samsung Galaxy Fold 2 yang bakal muncul pada tahun ini (kemungkinan di CES 2020 pada 11 Februari 2020) hanya dikuasai cipset Snapdragon 855. Tambahnya lagi, telefon boleh lipat Samsung ini juga mungkin dilengkapi kamera hadapan 10MP.

    Menurut Android Authority, sumber tersebut turut menyatakan sebab Samsung Galaxy Fold 2 tidak menggunakan cipset terbaru Snapdragon 865. Mungkin Samsung tidak mempunyai masa yang cukup untuk mengintegrasi cipset yang terbaru ke dalam peranti tersebut. Apa pun, khabar angin ini bukanlah kebenaran yang rasmi. Anda boleh melihat ciri teknologi, harga Samsung Galaxy Fold pertama di capaian ini dan membaca ulasan Samsung Galaxy Fold.

    Kami akan mengemaskini sebarang maklumat rasmi atau khabar angin mengenai Samsung Galaxy Fold 2 melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia. Adakah anda bermimpi untuk memiliki salah satu telefon boleh lipat? Kongsi mimpi anda bersama kami di laman Facebook.

    Sumber: Android Authority | mysmartprice

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured