More

    Samsung Galaxy M22 dikesan dalam Geekbench, mungkin dilengkapi cipset Helio G80

    Telefon pintar kelas pertengahan Samsung Galaxy M22 kini telah dikesan dalam perkhidmatan penanda aras Geekbench, di mana ia mempunyai nombor model SM-M225FV. Berdasarkan perkhidmatan penanda aras itu, Galaxy M22 akan dilengkapi cipset MediaTek Helio G80 iaitu sebuah cipset pertengahan dengan dua teras CPU Arm Cortex-A75 2GHz, enam teras CPU Arm Cortex-A55 1.8GHz dan GPU Arm Mali-G52.

    Geekbench menunjukkan markah yang boleh dijangka untuk peranti pada taraf ini iaitu 374 untuk ujian teras tunggal serta 1,361 untuk ujian multi-teras. Selain itu, telefon ini juga dilengkapi RAM 4GB dan sistem operasi Android 11.

    Menurut sumber, Galaxy M22 akan dilengkapi skrin Super AMOLED 6.4 inci dengan takuk (notch) berbentuk U, bateri 6,000mAh, kamera utama 48MP serta akan ditawarkan dalam pilihan warna hitam, biru dan putih. Ia dijangka akan dilancarkan dalam pasaran Eropah terlebih dahulu dengan harga EUR230 (~RM1,170).

    Telefon Galaxy M terbaru yang telah dilancar dalam Malaysia adalah Samsung Galaxy M12 yang berharga RM799. Sebelum ini, telefon Samsung Galaxy M32 juga dilaporkan bakal dilengkapi cipset Helio G80 seperti Galaxy M22.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Galaxy M22 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Galaxy Club

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured