More

    Samsung Galaxy S20 FE 5G kini dijual di Malaysia berharga RM3,399, hadiah percuma bernilai RM119

    Terdahulu, Samsung telah melancarkan Samsung Galaxy S20 Fan Edition (FE) 5G di pasaran telefon pintar. Terkini, Samsung Malaysia telah mengumumkan kehadirannya secara rasmi di Malaysia. Samsung Galaxy S20 FE 5G kini sudah sedia dijual di pasaran tempatan.

    Sepintas lalu, Galaxy S20 FE hadir dengan janaan cipset Snapdragon 865, skrin AMOLED bersama kadar segar semula 120Hz, tiga kamera dan bateri 4,500mAh. Anda boleh menyemak spesifikasi lanjutnya disini.

    Melalui pembelian Samsung Galaxy S20 FE 5G, anda akan dapat membawa pulan hadiah percuma bernilai RM119; Clear Standing Cover seperti gambar di bawah.

    Samsung Galaxy S20 FE 5G tersedia dengan pilihan warna Cloud Orange, Cloud Lavender, Cloud Mint, Cloud Navy, Cloud White dan Cloud Red pada harga RM3,399. Anda boleh membelinya di mana-mana Samsung Experience Store atau secara dalam talian di Samsung E-Store.

    Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi dari dalam dan luar negara yang terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured