More

    Samsung Galaxy S24 mungkin tidak akan gunakan cipset Snapdragon 8 Gen 3 sahaja

    Siri telefon pintar andalan Samsung untuk tahun ini, Samsung Galaxy S23, menggunakan cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2 sahaja dalam semua varian utamanya iaitu Galaxy S23, Galaxy S23+ dan Galaxy S23 Ultra. Ini adalah kali pertama Samsung mengabaikan cipset Exynos dalam siri Galaxy S sepenuhnya, kerana sebelum ini Samsung menggunakan cipset Snapdragon untuk beberapa negara terpilih dan cipset Exynos untuk negara-negara lain.

    Kini terdapat laporan mengatakan Samsung mungkin akan kembali mengamalkan polisi campuran cipset Snapdragon dan Exynos dalam siri Samsung Galaxy S24 pada tahun hadapan. Menurut laporan oleh media Korea Selatan, Galaxy S24 dan Galaxy S24+ akan menggunakan cipset Exynos 2400 atau Snapdragon 8 Gen 3, bergantung kepada negara.

    Untuk Galaxy S24 Ultra pula, Samsung akan menggunakan cipset Snapdragon 8 Gen 3 untuk semua negara. Samsung masih belum mengesahkan perkara ini secara rasmi.

    Cipset Exynos 2400 dikhabarkan bakal dibuat dengan proses LPP+ 4nm oleh Samsung dan menawarkan peningkatan prestasi CPU sebanyak dua kali ganda dan prestasi AI sebanyak 14.7x berbanding Exynos 2200 yang dilengkapkan dalam siri Galaxy S22.

    Sementara itu, Snapdragon 8 Gen 3 dikhabarkan bakal dibina dengan proses 3nm dan 4nm oleh Taiwan Semiconductor Manufacturing Company. Jika ia dibina dengan proses 3nm, ia bakal menjadi cipset kedua yang dibina dengan nod proses tersebut selepas A17 Pro Bionic dalam iPhone 15 Pro.

    Sebelum ini, para pengguna Samsung sering menyatakan bahawa prestasi cipset Exynos tidak setaraf dengan cipset Snapdragon, malah ada yang sanggup mengimport telefon Galaxy S daripada negara luar untuk mendapatkan versi Snapdragon.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: The Elec

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured