More

    Samsung Galaxy S26: Luaran nampak sama, tapi “otaknya” dah jauh ke depan?

    Menjelang pelancaran siri Samsung Galaxy S26, makin banyak maklumat yang mula tertiris di internet. Kalau tengok pada rupa paras, modul kamera dan spesifikasi perkakasan, ramai yang mula buat kelakar cakap ini adalah “telefon yang sama, cuma tahun saja berbeza.” Ada juga yang kata Samsung macam dah mula “kedekut” inovasi atau sekadar squeeze toothpaste (bagi sikit-sikit).

    Namun, kalau kita cuma pandang pada fizikal, kita mungkin terlepas pandang strategi sebenar Samsung. Kali ini, mereka bukan lagi sekadar nak jual “besi dan kaca,” tetapi mereka sedang membentuk semula pemahaman kita tentang apa itu “otak” sebuah telefon pintar.

    Pembantu “ghaib” yang memahami pengguna

    Sepanjang tahun lepas, istilah AI memang laku keras. Namun bagi Samsung, Galaxy AI bukan sekadar gimik untuk tarik perhatian semasa pelancaran. Fokus mereka pada siri S26 adalah untuk “mempengaruhi secara halus.” Telefon sekarang bukan lagi sekadar alat komunikasi, ia adalah dompet, pejabat bergerak dan tempat simpan memori.

    Siri Samsung Galaxy S25 digabungkan dengan Gemini Live, mudahkan pengguna mencari maklumat
    Berupaya untuk menyesuaikan jadual perjalanan agar selari dengan keperluan individu

    Galaxy AI pada S26 direka untuk hilangkan “gangguan” dalam urusan harian. Contohnya, cari gambar lama dalam sekelip mata atau tukar kerja antara aplikasi dengan sangat lancar. Kadang-kadang, anda mungkin tak perasan pun AI tengah bekerja di belakang tabir, tetapi anda akan rasa hidup jadi lebih efisien. Itulah matlamat Samsung iaitu teknologi sepatutnya buat kita fokus pada kehidupan, bukan fokus pada cara nak guna telefon.

    Ekosistem yang makin “melekat”

    Satu kelebihan Samsung yang susah nak lawan adalah ekosistemnya. Tak banyak jenama yang mampu integrasikan AI sedalam Samsung ke dalam pelbagai peranti. Kekuatan siri Galaxy S26 terletak pada sifat “lengkap” peranti itu sendiri.

    Ia bukan sekadar himpunan ciri-ciri canggih, tetapi hubungan semula jadi antara telefon, tablet dan jam tangan pengguna. Bila anda labur ribuan ringgit untuk peranti mercu, anda sebenarnya melabur pada “otak” peranti tersebut untuk bagaimana ia berfikir dan menjangka apa yang anda perlukan.

    Privasi: Tak perlu risau “curi pandang”

    Dalam zaman sekarang yang penuh dengan isu kebocoran data, Samsung nampaknya lebih serius. Menurut laporan terkini, siri S26 bakal memperkenalkan “ciri privasi tahap piksel.” Skrin S26 akan ada mod privasi terbina dalam yang boleh hadkan sudut penglihatan dari tepi. Maknanya, orang sebelah tak boleh nampak apa yang anda tengah taip atau tengok.

    Paling penting, ciri ini boleh diaktifkan ikut keperluan saja. Selain itu, Samsung selesaikan kerisauan ramai pasal AI generatif. Ciri Penjanaan imej AI sekarang diproses terus di dalam peranti (on-device) tanpa perlu hantar data ke pelayan luar. Dengan sokongan keselamatan Samsung Knox, segala hasil seni dan data peribadi anda akan kekal selamat dalam telefon sendiri.

    "
    "

    Kesimpulan: Kembali kepada asas

    Inovasi sebenar selalunya bukan pada perubahan drastik rupa paras, tetapi pada pengalaman penggunaan yang memudahkan urusan setiap hari. Siri Samsung Galaxy S26 mungkin nampak serupa di luar, namun “kecerdasan” dan “keselamatan” dalamannya jelas sudah berada di tahap yang berbeza.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...