More

    Samsung Galaxy Z Flip6 dan Fold6 mungkin akan dilancar pada 10 Julai 2024

    Pada tahun-tahun lalu, Samsung sering melancarkan telefon-telefon lipatnya yang terbaru dalam acara Galaxy Unpacked yang dianjurkan pada separuh tahun kedua. Perkara tersebut dijangka akan diulangi untuk tahun ini dan sebuah media internet mungkin telah menerima maklumat mengenai tarikh Galaxy Unpacked seterusnya.

    Menurut SamMobile, Samsung akan mengajurkan Galaxy Unpacked yang kedua untuk tahun ini pada 10 Julai 2024 di Paris, Perancis. Syarikat elektronik Korea Selatan itu mungkin memilih Paris kerana ia bakal menjadi lokasi untuk temasya sukan antarabangsa Olimpik 2024 dan Samsung adalah antara penaja utama untuk acara tersebut.

    Antara produk yang dijangka sewaktu pelancaran tersebut termasuklah telefon lipat Samsung Galaxy Z Flip6 dan Samsung Galaxy Z Fold6, jam tangan pintar Samsung Galaxy Watch7 serta cincin pintar pertama oleh mereka iaitu Samsung Galaxy Ring.

    Selain itu, Samsung juga dijangka akan mengumumkan fungsi-fungsi baharu untuk Galaxy AI yang akan digunakan khas dalam telefon lipat.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan produk-produk Samsung baharu dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: SamMobile

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured