More

    Samsung Malaysia umumkan 10 peserta separuh Akhir untuk Solve for Tomorrow 2022

    Samsung Malaysia Electronics dan Universiti Malaya telah mengumumkan 10 pasukan yang layak ke separuh akhir pertandingan Solve for Tomorrow (SFT) 2022. Pertandingan ini telah diadakan selama tiga tahun berturut-turut di mana pelajar perlu mencari penyelesaian bagi masalah yang menjejaskan komuniti mereka dengan berpandukan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

    Sebanyak 67 penyertaan telah direkodkan daripada 36 buah sekolah di Johor, Kedah, Kuala Lumpur, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu yang fokus pada salah satu daripada tiga tema pertandingan iaitu Pendidikan & Pembelajaran, Kelestarian & Alam Sekitar serta Kesihatan & Penjagaan Diri. 

    10 peserta separuh akhir untuk Solve for Tomorrow 2022 adalah:

    • Begonia Buddies dari SMK Putra Perdana, Selangor untuk Kelestarian & Alam Sekitar
    • CPRIAN dari SMK Convent Jalan Peel, Kuala Lumpur untuk Pendidikan & Pembelajaran
    • Dzalis Smart Ino dari SMK Dato’ Razali Ismail, Terengganu untuk Kesihatan & Penjagaan Diri
    • Fishballz dari SMK Taman Desa, Kuala Lumpur untuk Pendidikan & Pembelajaran
    • Little Wizards dari SMK (P) Methodist, Kuala Lumpur untuk Kesihatan & Penjagaan Diri
    • NewGen Leaders dari SMK Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur untuk Kesihatan & Penjagaan Diri
    • Ten Percent Vegan dari SMK Seri Serdang, Selangor untuk Kelestarian & Alam Sekitar
    • The Creative III dari Sri Bestari Private School, Kuala Lumpur untuk Kelestarian & Alam Sekitar
    • The Green Scientists, SMK (L) Methodist, Kuala Lumpur untuk Kelestarian & Alam Sekitar
    • Tropbotz dari SMK Tropicana, Selangor untuk Kesihatan & Penjagaan Diri

    Para peserta separuh akhir kini perlu mengembangkan idea dan menghasilkan prototaip untuk pertandingan Solve for Tomorrow Fasa 2. Pelajar akan bekerjasama dengan mentor yang merupakan staf Samsung Malaysia Electronics dan Universiti Malaya yang akan memberi tunjuk ajar kepada kumpulan untuk mencipta pembentangan mereka sehingga ke Fasa 3 pertandingan.

    Kemudian, 5 kumpulan akan dipilih untuk bersaing di peringkat akhir pada bulan Disember di mana mereka akan berpeluang memenangi produk Samsung bernilai RM 30,000.  

    Pertandingan sebegini dapat mengasah minda pelajar-peajar sekolah terutamanya perkara yang melibatkan masa depan. Lawati laman web Samsung untuk ketahui lebih lanjut mengenai Solve For Tomorrow.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...