More

    Samsung Malaysia umumkan kempen pra-tempahan TV Neo QLED dengan pelbagai hadiah bermula RM5,799

    Pada awal bulan ini, Samsung telah memperkenalkan beberapa siri televisyen QLED baru dan kini mereka telah memulakan kempen pra-tempahan televisyen tersebut untuk pasaran Malaysia, bermula 15 hingga 28 Mac 2021.

    Kempen ini melibatkan sembilan jenis televisyen dan dua jenis projektor laser. Setiap pra-tempahan akan disertakan hadiah seperti pembesar suara soundbar atau televisyen kecil. Berikut adalah senarai produk yang terlibat:

    • 65″ QN900A Neo QLED 8K – RM24,999, percuma Q700A Q-Soundbar
    • 75″ QN800A Neo QLED 8K – RM24,999, percuma Q800A Q-Soundbar
    • 85″ QN85A Neo QLED – RM22,999, percuma Q700A Q-Soundbar
    • 75″ QN90A Neo QLED – RM19,999, percuma Q700A Q-Soundbar
    • 75″ QN85A Neo QLED – RM16,999, percuma Q600A Q-Soundbar
    • 65″ QN90A Neo QLED – RM13,999, percuma A650 Soundbar
    • 55″ QN85A Neo QLED – RM8,499, percuma A450 Soundbar
    • 65″ The Frame – RM9,499, percuma S60A Lifestyle Soundbar
    • 55″ The Frame – RM6,999, percuma A450 Soundbar
    • The Premiere 4K Triple Laser Projector – RM39,999 percuma 50″ The Frame
    • The Premiere 4K Laser Projector – RM24,999 percuma 32″ The Frame

    Layari laman web Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut tentang promosi ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan produk-produk di atas dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured