More

    Samsung mungkin akan lancarkan “Fan Edition” untuk Galaxy S23, Tab S9 dan Buds pada 4 Oktober 2023

    Khabar angin tentang telefon pintar Samsung Galaxy S23 Fan Edition (FE) telah banyak dilaporkan sejak beberapa minggu lalu, menunjukkan bahawa ia mungkin akan dilancarkan dalam masa terdekat. Sungguh pun begitu, kini maklumat terbaru menunjukkan bahawa telefon itu bukan satu-satunya peranti Samsung yang akan dilancar dengan nama “FE” pada tahun ini.

    Baru-baru ini, Samsung Argentina telah memuat naik sebuah gambar yang menunjukkan tiga produk baharu iaitu Samsung Galaxy S23 FE, tablet Samsung Galaxy Tab S9 FE dan fon telinga wayarles Samsung Galaxy Buds FE. Ini mungkin menunjukkan bahawa Samsung akan melancarkan ketiga-tiga produk ini serentak dalam sebuah acara pelancaran terdekat.

    Sebuah gambar Galaxy S23 FE turut memaparkan tarikh pelancarannya iaitu pada hari Rabu, 4 Oktober 2023. Gambar ini mempunyai visual yang serupa dengan poster yang telah tertiris sebelum ini.

    Petanda tarikh untuk pelancaran Galaxy S23 FE

    Kali terakhir Samsung melancarkan telefon dengan jenama FE adalah untuk Samsung Galaxy S21 FE yang dilancar pada Januari 2022. Untuk tablet pula, kali terakhir sebuah tablet menggunakan nama FE adalah Samsung Galaxy Tab S7 FE yang dilancar pada Jun 2021.

    Apa yang menarik kali ini adalah fon telinga wayarles Samsung Galaxy Buds FE bakal menjadi fon telinga wayarles Samsung pertama yang menggunakan nama FE.

    Untuk mereka yang tidak mengetahui, “FE” adalah nama khas yang diberikan oleh Samsung untuk peranti andalan (flagship) yang dijual pada harga lebih mampu milik.

    Buat masa ini, spesifikasi yang telah dikhabarkan untuk Galaxy S23 FE termasuklah skrin AMOLED FullHD+ 6.3 inci, cipset lapan teras dengan kelajuan clock 2.99GHz, bateri 4,370mAh, tri-kamera 50MP+8MP+12MP, kamera swafoto 10MP, pengecasan pantas 25W, RAM 8GB dan storan dalaman 128GB atau 256GB.

    Cipsetnya masih tidak diketahui secara spesifik, namun ia dijangka adalah Exynos 2200 atau Snapdragon 8 Gen 1, bergantung kepada negara. Buat masa ini, Galaxy S23 FE telah mendapat pengiktirafan elektronik daripada kerajaan China dan Thailand.

    "
    "

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan mana-mana peranti di atas dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Sammobile

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured