More

    Samsung mungkin akan tawarkan telefon lipat mampu milik pada 2024

    Sejak 2019, Samsung telah melancarkan telefon pintar boleh lipat pada setiap tahun, terdiri daripada siri Samsung Galaxy Z Fold dan Galaxy Z Flip. Kedua-dua telefon ini boleh dianggap sebagai telefon andalan (flagship) kerana spesifikasinya yang sangat canggih untuk tahun-tahun pelancarannya.

    Kini, Samsung dikhabarkan sedang merancang untuk melancarkan telefon lipat yang lebih mampu milik pada 2024. Masih tidak pasti jika ia akan mempunyai mekanisme lipat secara menegak seperti Galaxy Z Fold5 atau mendatar seperti Galaxy Z Flip5, namun besar kemungkinan telefon lipat ini akan lebih menyerupai Galaxy Z Flip kerana harganya yang lebih murah daripada Galaxy Z Fold.

    Beberapa pengkhabar teknologi melaporkan bahawa Samsung akan melancarkan telefon lipat mampu milik ini pada harga sekitar USD400-USD500 (~RM1,880-RM2,350). Sebagai rujukan, Galaxy Z Flip5 pada waktu ini dijual pada harga bermula USD999 di Amerika Syarikat dan RM3,599 di Malaysia.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan konsep telefon lipat yang mampu milik dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...