More

    Samsung rancang untuk tawarkan kemas kini Android selama lebih daripada 5 tahun

    Sejak sekian lama, Samsung mengatakan mereka akan menawarkan kemas kini Android kepada semua pelanggan telefon pintar Samsung Galaxy sehingga lima tahun daripada tarikh pelancarannya. Ini adalah antara jaminan kemas kini yang paling lama untuk pembuat telefon Android, di mana kebanyakannya masih menawarkan kemas kini selama dua atau tiga tahun sahaja.

    Kini, Samsung merancang untuk memanjangkan lagi tempoh kemas kini tersebut, namun tidak pasti sejauh mana mereka ingin menawarkannya. Perkara tersebut diumumkan dalam acara Samsung Developers Conference (SDC) 2023 yang berlangsung di Amerika Syarikat baru-baru ini.

    Pengumuman itu dibuat tidak lama selepas Google mengumumkan bahawa semua telefon pintar Pixel yang dilancar pada tahun ini akan menerima kemas kini Android selama tujuh tahun. Di samping itu, Samsung turut melancarkan sistem antara muka (UI) yang terbaru untuk peranti Galaxy iaitu One UI 6.

    Wakil Samsung, Shin-Chul Baik, berkata syarikat Korea Selatan itu sedang melihat kepada lebih banyak tindakan berkenaan keselamatan jangka panjang, selain daripada pemberian kemas kini selama lima tahun.

    Buat masa ini, Samsung sentiasa memberi kemas kini kepada 1 bilion peranti pada setiap bulan dan lebih 10 bilion peranti setiap tahun. Sebanyak 150 jenis peranti Samsung menerima kemas kini bulanan, empat kali setahun atau dua kali setahun.

    Beliau juga berkata Samsung selalu bekerjasama dengan Google untuk memberikan kemas kini keselamatan kepada para pengguna Android pada setiap bulan.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Sammobile

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Acer lancar monitor Predator, Nitro dan ProDesigner baharu Untuk ‘gaming’ & kreativiti

    Acer memperkenalkan barisan monitor terbaharu merangkumi portfolio Predator, Acer Nitro dan Acer ProDesigner dengan fokus kepada permainan berprestasi tinggi serta penciptaan kandungan. Barisan...

    Acer Vero 16 kini lebih mudah dibaiki, lengkap dengan kuasa AI dan paparan OLED

    Acer memperkenalkan Acer Vero 16 (V16-I71 / V16-I71T), komputer riba premium generasi keempat dalam siri Vero yang menggabungkan prestasi moden dengan pendekatan lebih...

    Acer perkenal Swift Blade 14 dan Swift Air 16, dua laptop nipis dan ringan...

    Acer memperluaskan barisan komputer riba nipis dan ringan menerusi pengenalan Acer Swift Blade 14 dan Acer Swift Air 16, kedua-duanya hadir dengan Windows 11 dan...

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured