More

    Samsung sahkan Galaxy S25 Ultra tidak menyokong fungsi S Pen Bluetooth

    Samsung mengesahkan bahawa Galaxy S25 Ultra tidak akan menyokong S Pen dengan fungsi Bluetooth yang bertentangan dengan maklumat dalam blog rasmi mereka. Menurut Samsung, blog Business Insights mereka akan dikemas kini untuk membetulkan kesilapan tersebut, namun setakat ini, kenyataan itu masih belum diubah.

    Galaxy S25 Ultra hadir dengan S Pen standard tanpa fungsi Bluetooth yang bermaksud ciri seperti air gestures tidak lagi tersedia. Samsung mendakwa bahawa S Pen Bluetooth boleh dibeli secara berasingan namun tiada maklumat mengenai model baharu ini di laman web rasmi atau platform rakan kongsi mereka.

    Lebih mengelirukan, ketika sesi taklimat media, S Pen Pro dengan fungsi Bluetooth didapati tidak berfungsi dengan S25 Ultra meskipun ia dikatakan serasi. Perkara ini menimbulkan persoalan sama ada dakwaan mengenai S Pen Bluetooth dalam blog Samsung itu adalah kesilapan atau keputusan yang diambil pada saat akhir.

    Keputusan untuk menawarkan S Pen Bluetooth sebagai aksesori berasingan turut mengundang kritikan terutama kerana harga Galaxy S25 Ultra mencecah RM 5,999. Langkah ini juga menimbulkan keraguan terhadap komitmen Samsung dalam mengurangkan sisa elektronik.

    Samsung masih belum memberikan jawapan rasmi sama ada S Pen Bluetooth akan dijual secara berasingan. Pihak media sedang menunggu penjelasan lanjut daripada syarikat tersebut. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Android Authority

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured