More

    Samsung tawarkan baucar RM200 untuk Galaxy Tab S10 FE dan S10 FE+

    Samsung Malaysia bakal melancarkan dua model tablet baharu iaitu Samsung Galaxy Tab S10 FE dan Samsung Galaxy Tab S10 FE+. Buat masa ini, Samsung masih belum mengumumkan harga kedua-dua tablet ini, namun anda boleh dapatkan e-baucar bernilai RM200 untuknya dengan hanya membayar RM20 sahaja.

    Promosi khas ini akan berlangsung sehingga 7 Mei 2025. Anda hanya perlu beli e-baucar SR+ yang berharga RM20, masukkan butiran anda sewaktu membuat pembayaran, kemudian ia akan dihantar ke dalam e-mel anda dalam tempoh 24 jam.

    Apabila waktu pra-tempahan dibuka pada 8 Mei hingga 15 Jun 2025, anda boleh gunakan e-baucar tersebut untuk dapatkan potongan diskaun sebanyak RM200 apabila anda ingin membeli Galaxy Tab S10 FE atau Galaxy Tab S10 FE+.

    Daripada segi rekaan dan spesifikasi, Samsung masih belum memberi banyak butiran mengenai kedua-dua tablet. Setakat ini, kita tahu bahawa ia akan didatangkan dengan fungsi AI “Awesome Intelligence” untuk bantu anda melukis, menulis, melakar dan lain-lain penggunaan harian.

    Galaxy Tab S10 FE+ mempunyai saiz skrin 13.1 inci dengan kadar segar semula 90Hz, kecerahan sehinga 800 nits serta fungsi Vision Booster untuk meningkatkan kecerahan skrin sewaktu ia berada bawah cahaya matahari terik dan mengurangkan pancaran cahaya biru.

    Selain itu, Galaxy Tab S10 FE+ juga mempunyai kamera utama 13MP, sistem keselamatan siber Samsung Knox dan rating kalis air-debu IP68. Ia telah pun dilancar untuk pasaran antarabangsa pada awal bulan ini.

    Layari laman web Samsung Malaysia untuk dapatkan promosi khas ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured