More

    Selepas OPPO dan Nubia, realme turut hasilkan butang kamera pada telefon pintar akan datang

    Ciri yang paling menarik untuk iPhone tahun ini ialah butang Kawalan Kamera. Oleh itu, kebanyakan pengeluar telefon pintar ingin mengusahakan ciri yang sama pada peranti mereka. realme dikatakan sedang mengusahakan butang kawalan yang serupa.

    Sebelum ini, kami telah melaporkan bahawa Nubia dan OPPO juga sedang menghasilkan telefon pintar dengan ciri kawalan kamera. Dalam video pendedahan baru-baru ini, VP dan CMO realme, Chase Xu mengacah ciri ini untuk telefon realme yang akan datang.

    Butang kawalan kamera yang dihasilkan realme mempunyai kawasan sensitif tekanan pada bingkai telefon yang mensimulasikan butang fizikal dengan bantuan motor haptik. Walau bagaimanapun, dalam video tersebut, telefon yang ditunjukkan tidak mempunyai integrasi lancar seperti pada iPhone.

    Animasi dan responsif kelihatan agak pelik tetapi memandangkan ini merupakan peranti pra-pengeluaran, versi akhir mungkin lebih baik. Chase menambah bahawa butang ini tidak akan tersedia pada peranti andalan realme GT7 Pro. Ciri ini mungkin muncul pada model yang tersedia secara lebih meluas seperti telefon segmen pertengahan.

    Adakah ia akan meningkatkan pengalaman kamera atau hanya menambah satu lagi bonggolan pada bingkai telefon? Kongsi pendapat anda di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Weibo

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured